Garden Of Knowledge

Lawatan ke SMK Sungai Soi, Kuantan
Monday, 14 October 2013
       RASIONAL:

Pengawas Pusat Sumber Sekolah masih kurang terdedah dengan maklumat dan pengetahuan mengenai pengurusan dan kepentingan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di sekolah sebagai tunjang utama dan nadi kecemerlangan akademik, Sahsiah, dan Kokurikulum murid-murid khususnya.  Kewujudan dan penyediaan Pusat Sumber yang berupaya menjadi ikon yang merupakan tulang belakang sekolah sebagai pusat pengumpulan maklumat dan sumber informasi yang tinggi dengan bahan-bahan sumber dan teknologi yang disediakan.  Lantaran itu, pihak JK Pengurusan PSS berusaha untuk melaksanakan program ini yang merupakan salah satu aktiviti penting bagi memberi gambaran sebenar secara realiti keadaan Pusat Sumber Cemerlang 

         MATLAMAT:

Memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan serta gambaran sebenar mengenai Aplikasi Pusat Sumber Cemerlang kepada Pengawas PSS.

        OBJEKTIF:

1.    Memberi pendedahan mengenai pengurusan Pusat Sumber dari sudut Proses Pengelasan dan Pengkatalogan bahan buku dan bukan buku melalui teknik Perpuluhan Dewey yang dilaksanakan di SMK Sungai Soi.
2.    Menimbulkan kesedaran bahawa kepentingan peranan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam merealisasikan Pusat Sumber Sekolah SMK Bukit Rangin sebagai Pusat Sumber Cemerlang.
3.    Memberi peluang kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk melahirkan lebih banyak idea-idea dalam mencipta Pusat Sumber yang cemerlang.

       KUMPULAN SASARAN:

  37 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah ( Tingkatan 2 – 5)


          PERLAKSANAAN:

Tarikh                          :           19 FEBRUARI 2013
Hari                             :           Selasa

Guru Pengiring            :           3 orang































Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

Older Post . Newer Post